Liga Perdana Inggeris
Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hingga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.[1] Ia adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.[2] Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Serie A di Itali.[3]Sejumlah 46 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya enam pasukan pernah memenangi: Manchester United(13 gelaran), Chelsea(5 gelaran), Arsenal dan Manchester City(2 Gelaran), Blackburn Rovers(1 gelaran) dan Leicester City(1 gelaran).Juara semasa ialah Chelsea F.C, yang memperoleh gelaran 2016-17 pada awal bulan Mei.